Ahad, 31 Oktober 2010

Foot Detox Patch (Pelekat kaki Nyahtoksin)

Punca Terjadinya Toksin Dalam Badan.

Kebanyakan penyakit adalah berpunca daripada makanan dan minuman. Tambahan pula makanan kita pada hari ini terlalu banyak mengandungi bahan-bahan kimia seperti pengawet, perisa tiruan, bahan-bahan tambahan dalam makanan adalah antara punca utama wujudnya toksin dalam badan. Selain daripada itu, pencemaran makanan hasil daripada penggunaan bahan kimia seperti racun perosak, racun serangga dan baja untuk aktiviti pertanian juga turut menjadi penyumbang kewujudan toksin ini. Hal ini akan menimbulkan pelbagai penyakit seperti kenser, migraine, tumor, mati pucuk dan sebagainya. Sekiranya toksin ini tidak dibuang dari badan seseorang, maka toksin ini akan menyekat dan meyempitkan peraliran darah kepada organ untuk menerima oksigen dalam darah dan menyebabkan organ badan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Sebagai contoh, jika peraliran darah ke organ pankreas tersekat atau kurang lancar, maka pankreas tidak dapat menjalankan tugasnya untuk meyeimbangkan kandungan gula dalam badan dengan baik. maka kita akan mengalami penyakit kencing manis atau Diabetes. Jelaslah bahawa, kebanyakan punca penyakit manusia  adalah disebabkan oleh kandunagn toksin yang banyak dalam badan. 


Tanda-tanda Banyak Toksin.
  • Kerap sakit kepala
  • Badan letih tanpa sebab
  • Susah bangun tidur
  • Banyak angin, alahan dan inflamasi pada sendi
  • Sinus
  • Berat badan meningkat
  • Kehadiran selulit
  • Masalah jerawat
  • Bahagian keliling mata gelap
  • Mati pucuk
Foot Detox Patch adalah pelekat kaki penyahtoksin yang diperbuat daripada herba semulajadi dan diadun berasaskan ramuan rawatan tradisi Cina. Penggunaan bahan herba seperti Wood Vinegar Distillate, Bamboo Vinegar Distillate, Carapace, Combined Plant Power Distillate, Vitamin C, Cornstarch dan Minus Ion mampu untuk menyedut toksin yang terkumpul di dalam badan anda.

Bagaimana Foot Detox Patch Bertindakbalas Dengan Tubuh Badan


Merujuk kepada pakar ilmuan Cina, badan manusia mempunyai tidak lebih 360 titik akupuntur yang mana 60 titik akupuntur tersebut terletak di bahagian tapak kaki. Bahagian tapak kaki merupakan zon refleksi untuk organ dalaman utama dalam badan manusia dan ia merupakan tempat pengumpulan pelbagai jenis toksin. Toksin yang tidak dapat dikeluarkan secara semulajadi akan kekal di dalam badan anda dan akan mendatangkan pelbagai jenis penyakit, Maka, dengan menampal Foot Detox Patch ini, ia akan membantu menyerap toksin yang berada di dalam badan sedikit demi sedikit melalui peredaran darah dalam tubuh manusia. penggunaan secara berterusan akan memberi kesan yang lebih baik untuk kesihatan tubuh badan anda.
Sebelum
Selepas
Cadangan Penggunaan.

Anda disaran agar menggunakan Foot Detox Patch ini selama 5 (lima) hari berturut-turut (1 paket) dan berehat selama 2 (dua) hari sebelum memakainya semula.

Golongan Yang Tidak Digalakkan Menggunakan Foot Detox Patch.


Ibu mengandung, ibu yang menyusukan anak dan pesakit jantung adalah golongan yang telah dikenalpasti tidak sesuai menggunakan Foot Detox Patch ini kerana didapati kandungan herba tidak sesuai dengan kondisi tubuh badan mereka.