Selasa, 9 November 2010

Punca utama kerosakan hati adalah:

1.Tidur terlalu lewat dan bangun dari tidur terlalu lewat.

2.Tidak buang air di pagi hari.

3.Makan terlalu banyak.

4.Tidak bersarapan pagi.

5.Terlalu banyak makan ubat.

6.Terlalu banyak makan bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan pemanis buatan.

7.Memakan makanan yang menggunakan minyak yang tidak sihat.
  • Kurangkan semaksimum mungkin penggunaan minyak ketika memasak walaupun anda menggunakan minyak masak uang baik seperti minyak zaitun. Jangan makan makanan yang berminyak jika anda mengidap penyakit lelah.


8.Makanan mentah yang sudah busuk seperti buah-buahan dan sayuran juga menambahkan beban hati. Sayuran harus dimakan secara mentah atau dimasak 3/5 masak. Sayuran yang digoreng tidak harus disimpan terlalu lama kerana ia cepat rosak.

Kita harus mencegah hal ini tanpa perlu tambahan kos. Kita harus mengadaptasi gaya hidup yang sihat. Kekalkan cara pemakanan yang baik dan keadaan waktu yang sangat penting untuk menyerap zat dan menghilangkan toksin kimia yang merbahaya mengikut jadual dan cara pemakanan yang betul.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum...

    Salam perkenalan singgah sekejap kat blog ni ziarah menziarahi. Byk info menarik di blog ni.

    BalasPadam